Pages

Wednesday 18 August 2010

Puisi Kantoi The Contest




Salam sejahtera
kali ni saya nak join satu contest yang dianjurkan oleh aku mencari cinta , contest dia ialah mengarang sebuah puisi kantoi,saya nak mengarang-ngarang ni tak berapa pandai,tapi cuba jelah :)

TINGGALKAN DAKU

Sunyi sepi,
seakan waktu terhenti,
hidupku terasa kosong,
sungguh ku rindu padamu,
ku rindukan sentuhanmu,
ku rindukan baumu.
Sejenak fikiranku mengimbau kenangan lalu,saat pertama pertemuan kita dahulu,
di belakang padang sekolahku,
beratapkan dedahan pohon meranti,
dibawah sinar mentari,
lalu ku ciummu penuh syahdu,
pertama kali kurasakan perasaan begitu,
kau sentiasa bersamaku,
bersama kemana sahaja,
di saat suka atau duka,
walaupun ramai mengutuk memcacimu,
kata-kata mereka itu bagai irama sahaja di telingaku,
namun semua itu sudah berubah,
kau mula mengongkong hidupku,
kau ganggu kewanganku,
aku mula rimas,
aku tak mampu,
tak mampu untuk menuruti kehendakmu,
tapi makin kuat niat ku melupakanmu,
makin kuat pula rinduku padamu,
sudah tidak terbilang kata putusku padamu,
tapi kata tinggal kata,
pergi,
pergi tinggalkan daku,
aku xmampu lagi,
Cukuplah sampai disini sahaja hubungan kita,
cukuplah masalah yang telah kau berikan padaku,
biarlah Ramadhan ini menjadi pemisah di antara kita,
Biarlah semuanya menjadi kenangan sahaja,
aku tidak akan lagi menghampirimu..
rokok PALL MALL ku.

5 comments:

Amar Maxwell said...

trasa syahdu bila bca puisi ni.. aku pun tpaksa mlupakan rokok PALL MALL hijau ku..

حسنى جميل said...

tahniah,puisi yg menarik!! tahniah juga dah b'henti merokok

akuzle ayu said...

eh2... leh cayer ker neh? kan dah lama 'kawen'....ehhehehe... good luck on both; the contest n nak benti smoking tuh....

miss nina said...

isk..isk.. ni macam perpisahan sementara je :)

~keep on fasting rokok

n4dh!3r4 said...

wahh.. panjangnya puisi!! nad maseh dlm proses mencari idea neh.. all da best ya!! huuu :P

Related Posts with Thumbnails