Pages

Wednesday 12 May 2010

10 Lokasi Terseram di Dunia Part3 ( Last )

6. Walachia, Transylvania, Land of Dracul, Romania.

Tempat ini pernah menjadi tempat tinggal kepada Vlad the Impaler atau lebih dikenali juga sebagai Count Of Dracula Istana yang pernah menyaksikan kegilaan Vlad yang membunuh ribuan manusia kini diiktiraf oleh penduduk tempat dan para pengkaji sebagai salah sebuah tempat yang menyeramkan di dunia.


7. Auschwitz-Birkenau Concentration Camp, Oswiecim, Poland.

Auschwitz adalah sebuah kem kematian dalam operasi dari Mei 1940 hingga ke hari kemerdekaan oleh pasukan Soviet pada Januari 1945. Seramai kira-kira 2,1-2,5 juta orang meninggal di bilik gas di kem tersebut, 2 juta diantaranya adalah orang2 Yahudi dan sisanya adalah Poles, Gypsies dan POWs Soviet. Jumlah ini adalah jumlah minima yang ditaksirkan oleh para penyelidik,sehingga kini bil. sebenarnya masih belum diketahui.

Setiap orang yang telah mengunjungi Auschwitz-Birkenau seakan terasuk oleh rasa sedih apabila berada disitu,pengunjung dikatakan menangis tanpa alasan yang jelas dan ramai yang tidak menghabiskan lawatan penuh.Selain kesan-kesan penyeksaan yang masih ada pada bangunan,suasana yang suram dan sunyi menjadikan bekas kem itu di iktiraf sebagai tempat yang menyeramkan.


8. Whitechapel/Spittalfields, London East End, London, England.

Pada tahun 1888 di daerah Whitechapel London adalah tempat yang menjadi pentas kepada kisah-kisah pembunuhan pembunuh abad itu iaitu Jack The Ripper. Namun pembunuhan dan identiti Jack tetap menjadi misteri sehingga ke hari ini. Banyak menegaskan bahwa Jack adalah seorang doktor atau profesor perubatan sementara ada yang yakin mengatakan bahawa jack adalah cucu kepada Ratu Victoria's dan Raja Albert Victor, walaupun begitu tidak banyak teori mendukung pendapat ini.

Lima perempuan, semuanya miskin dan pelacur, telah dipotong-potong oleh Jack dalam masa hanya empat bulan, secara kolektif dikenal sebagai "The Autumn of Terror." Empat perempuan - Maria Nicholls, Annie Chapman, Elizabeth stride, Catherine Eddowes --yang ditemukan di sepanjang Whitechapel dengan tubuh yang dicincang sangat menyeramkan dan sadis.


9. Unit 731 Experimentation Camp, Harbin, Manchuria, China.

Tempat ini dikenali sebagai Auschwitz di Asia, dalam hal kekejaman dan kengerian, ia menjamin pasti penjelasan ini. Unit 731 adalah nama kod (tsūshōgō) dari unit Tentera Darat Empayar Jepun secara rasmi dikenali sebagai Kempeitai Jabatan Politik dan Pencegahan wabak Penyelidikan Laboratorium.

Pada awalnya dibentuk di bawah polis tentera Kempeitai Empayar Jepun untuk membangunkan senjata pemusnah besar-besaran untuk digunakan berpotensi terhadap China, dan mungkin kekuatan Soviet.. Sekurang-kurangnya kira-kira 3000 tahanan, terutama dari warga Cina, dibunuh secara langsung, yang kebanyakkannya mati melalui percubaan biologi peperangan.


10. Haunted Gettysburg, Pennsylvania.

Peperangan dari perang sivil terjadi pada 1863 di pekan kecil Gettysburg Pennsylvania, tempat ini merupakan tempat dengan korban jiwa terbanyak dalam peperangan tersebut dan masayarakat sekitar sering mendakwa melihat, mendengar dan merasakan sesuatu yang aneh apabila berada di sekitar tempat itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails