Pages

Monday, 17 May 2010

Bawang Putih All In One Herb



Salam kepada semua bloggers,saya mulakan entri hari ini dengan 1 soalan...Adakah anda peminat bawang putih? Saya rasa rata-rata akan mengatakan tidak.

Rugilah bagi mereka yang tidak memakan bawang putih kerana bawang putih merupakan salah satu makanan khasiat yg mudah didapati.

Bawang putih ataupun dalam nama sainsnya iaitu Allium sativum merupakan tumbuhan yang banyak khasiatnya antaranya ialah :



1. Bawang putih dan tekanan darah tinggi

Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi.

Satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang doktor dan pengamal naturopath iaitu Kristine Nolfi, seorang warganegara Denmark dan pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food " menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah.

Ahli sains Perancis juga telah mendapati bahawa kenyataan ini benar dan mendakwa tekanan darah turun dalam masa sejam setelah diberikan dengan bawang putih. Beliau juga mendakwa bawang putih juga boleh menyebabkan tekanan darah yang rendah naik.


2. Bawang putih dan masalah-masalah pernafasan

Bawang putih dilaporkan sebagai ramuan yang lama, selamat dan pasti dalam merawat lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain. Berabad-abad lamanya orang-orang China, Greek dan Mesir telah mendakwa bahawa bawang putih boleh menyembuhkan masalah pernafasan.

Dioscorides, seorang ahli perubatan Greek yang menjadi doktor rasmi tentera-tentera pada abad ke 2, menyatakan bawang putih sebagai rawatan kepada masalah yang berkaitan dengan paru-paru. Seorang naturalis abad pertama Rom mengatakan bahawa bawang putih dapat menyembuhkan masalah batuk kering.

Kesemua kenyataan ini adalah disebabkan kuasa bawang putih sebagai antiseptik dan pembunuh kuman. Bawang putih yang telah dikupas dan apabila diletakkan berhampiran dengan kuman, ia dikatakan dapat membunuh kuman tersebut dalam masa 5 minit sahaja. Tambahan pula eter bawang putih begitu kuat dan daya penembusannya adalah sangat tinggi. Ia boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan paru-paru.


3. Bawang putih dan kencing manis

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana penyakit kencing manis. Terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis ini dan yang paling biasa ialah diabetes melitus. Ia adalah sejenis penyakit yang telah dikenalpasti sejak dahulu lagi.

Dalam kes penyakit kencing manis ini, pankreas tidak boleh menghasilkan pankreatin yang mencukupi. Apabila pankreas tidak berfungsi, gula tidak boleh menghasilkan sel dan tidak boleh disimpan sebagai lemak badan. Gula yang datang dari makanan yang dihadamkan akan berkumpul dan bertambah dalam darah sehingga ia masuk ke dalam air kancing.

Untuk kes penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.

Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini beruapaya dalam merawat penyakit kencing manis.


4. Bawang putih dan sakit perut

Bawang putih juga berupaya memberi rawatan kepada individu yang mempunyai masalah sakit perut dan usus sekiranya ia diambil secara berterusan. Menurut seorang saintis yang terkemuka dan pakar dalam terapi bawang putih, bawang putih mengandungi allicin yang merangsang dinding perut dan usus untuk merembeskan enzim pencernaan. Namun perlu diingatkan, bawang putih yang ingin diamalkan hendaklah dicampurkan dengan makanan-makanan yang lain.

Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan di bahagian luaran. Contohnya dalam balutan atau mandian tangan dan kaki untuk melegakan perut dan cara ini dilaporkan 95 % telah menunjukkan keberkesanannya.


5. Bawang putih dan anemia

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana anemia. Anemia bermakna keadaan badan yang tidak boleh mengahasilkan hemoglobin yang secukupnya. Anemia boleh terhasil daripada ketidakcukupan protein, iodin, kobalt, kuprum vitamin C atau sebahagian vitamin B.

Namun ke semua nutrien ini boleh didapati daripada bawang putih. Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadikan bawang putih sebagai makanan yang baik untuk pesakit-pesakit anemia dan antaranya ialah:

~Bawang putih meningkatkan penyerapan vitamin B, terutamanya vitamin B-1

~Bawang putih mengandugi kuprum yang diperlukan untuk asimilasi zat besi. Selain itu ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan vitamin C daripada makanan lain. Vitamin C meningkatkan asimilasi zat besi daripada makanan.



6. Bawang putih dan artritis

Artritis atau rheumatisme ialah sejenis penyakit yang berkaitan dengan degenarasi tisu sendi akibat kekurangan kalium, vitamin D, iodin dan kekurangan vitamin B.

Bawang putih yang mengandungi bahan kuat yang mungkin memberikan kesan terhadap setiap jenis artritis. Sebatian sulfur yang memberikan bau kepada bawang putih adalah aktif terhadap bakteria dan dengan itu ia akan melawan setiap jangkitan.

Bawang putih juga sangat kaya dengan natrium iaitu galian yang sangat diperlukan untuk pengecutan setiap otot di dalam badan dan apabila badan kekurangan natrium akan menyebabkan kelumpuhan dan sembelit. Natrium jika digabungkan dengan zink, mangan dan vitamin B-1 adalah penting untuk saraf, kesihatan otot dan metabolisme karbohidrat dalam badan. Kekejangan otot dan kesakitan adalah simpton artritis rheumatoid, fibrositis dan gout (penyakit metabolik).


7. Bawang putih dan permasalahan wanita

Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.

Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi.


Bawang putih juga memberikan penawar untuk metritis (inflamasi untuk uterus). Inflamasi terjadi akibat kekejangan yang dirasai oleh wanita yang pada kebiasaannya adalah ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Bawang yang mengandungi faktor penggalak (thiamin) didapati telah mengatasi permasalahan muntah dan loya yang dialami oleh bakal-bakal ibu.



8. Bawang putih dan ulser

Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.



9. Bawang putih dan cirit birit

Bawang putih juga menjadi penawar yang berkesan untuk cirit birit. Hippocretes, iaitu seorang doktor Greek Purba telah mengesyorkan bawang putih sebagai bahan pelawas yang berkesan. Menurut seorang saintis terkemuka dan pakar terapi bawang putih menyatakan bahawa orang yang menderita kerana sembelit boleh mencari penawarnya dengan memakan campuran bawang putih bersama dengan susu atau dadih.

Dr. E. Roes yang menulis dalam " Munchener Medizinische Wochenschiff" , sebuah majalah perubatan Jerman bertarikh 25 September 1925, memberitahu tentang kejayaannya dalam merawat pelbagai penyakit usus yang kebanyakannya melibatkan cirit birit. Menurutnya, bawang putih bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi.

Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus hilang dalam masa yang singkat tanpa menyebabkan sembelit. Salah satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang profesor yang telah menderita angin, dispepsia dan kolits selama 17 tahun. Beliau seringkali cirit birit diselang-selikan dengan sembelit. Beliau telah diberikan 2 gm penyedian bawang putih, 2 atau 3 kali sehari dan dalam masa 2 setengah bulan, beliau mendapati dirinya telah sembuh.


10. Bawang putih dan kolesterol

Bawang putih juga baik untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian fitokimia yang boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan kemanglian. Kolesterol yang banyak berkumpul dalam badan adalah tidak baik kerana ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit jantung dan sebagainya.






RUJUKAN
Dewan Kosmik. 1993. Disember.
Dewan Kosmik. 1998. Februari.
Rex Adam. 1997. Makanan Penawar Yang Menakjubkan. Terj.Zarina Musa.Thinker’s Library Sdn. Bhd.
Email Edition. 1996. The Herbal Sage.
Email Edition. A Modern Herbal. Garlic

2 comments:

nana said...

bawang putih memang byk khasiat! ;)

kyo_9 said...

huhu.. x minat makan sayur~ :-"

Related Posts with Thumbnails